Unit Ukhuwwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah memperkenal Sistem e-Saudara untuk menyimpan maklumat pemelukan Islam seluruh negeri. e-Saudara merupakan lanjutan sistem terdahulu dalam usaha memenuhi keperluan semasa jabatan.
Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan untuk capaian awam adalah seperti permohonan secara online untuk memeluk Islam, semakan pendaftaran memeluk Islam dan juga memaparkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan prosedur dan panduan memeluk Islam.